BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 10 April 2011

Tersenyumlah Untuk Hidup!..

Senyum itu satu sedekah..sungguh Islam itu mudah hanya dengan senyuman kita dapat bersedekah kepada makhluk yang lain tanpa memerlukan harta benda..Dengan senyuman ia mampu melembutkan hati yang keras dan mengurangkan duka nestapa..Begitulah penangan sebuah senyuman..

(Tersenyumlah Untuk Hidup)

Jadikanlah gubuk istana,
Rancanglah kediaman dari rumahmu yang dari tanah
Bukan dari istanamu yang dari gading

Tersenyum tidak akan membahayakanmu, bicaralah dengan orang disekitarmu dengan bahasa qalbu. Alangkah indahnya bibir kita ketika berbicara dengan bahasa senyum..

Kemuliaan hanya akan diberikan kepada mereka yang selalu mendambakannya dengan penuh kesabaran..

Beberapa Sikap Pasangan Hidup Anda...

Setiap orang pasti mengharapkan pasangan yang terbaik untuk diri mereka..Untuk mendapatkannya kita juga harus bersikap demikian..

(Beberapa Sikap Pasangan Hidup Kita)

Berapa banyak kesulitan mendatangkan kemudahan
Sehingga yang sulit-sulit menjadi mudah

Diriwayatkan dari Urwah, dari emak saudaranya, Aisyah R.A., bahawa dia berkata :

“Demi Allah, hai anak lelaki saudara perempuanku,sesungguhnya kami sering melihat hilal, kemudian hilal lainnya hingga hilal berikutnya dalam dua bulan, tidak pernah dinyalakan satu perapian dapurpun di semua rumah isteri-isteri Rasulullah S.A.W…’Aku bertanya : “wahai makcik,lalu apakah yan kamu makan selama ini? Aisyah menjawab: “kurma dan air, selain kiriman air susu yang dikirim oleh kaum ansaryang memiliki ternak perahan. Mereka bisa mengirimkan sebahagian dari hasil susu perahannya kepada Rasulullah S.A.W sehingga kami dapat meminum susu darinya.”

Allah S.W.T berfirman :-

“Wahai Nabi,katakanlah kepada isteri- isterimu: sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dengan perhiasannya ( yang indah) , maka marilah supaya akuberikan kepada kamu pemberian mut’ah ( sagu hati) dan aku lepaskan kamu dengan cara sebaik- baiknya.” (Surah Al-Ahzab : ayat 28)

Namun mereka lebih memilih Allah dan Rasulullah S.A.W…

Jadikanlah Rumah Anda Bagaikan Syurga Yang Penuh Dengan Kedamaian..

 
Rumahku Syurgaku…sebagai seorang muslimah, tempat yang paling bagus untuk kita adalah di rumah, kerana di situlah kita akan mendapat ketenangan dan kebahagian. Bukannya keluar untuk menunjukkan diri dan melakukan perkara-perkara yang hanya mendatangkan kemurkaan kepada Sang Pencipta..

( Jadikanlah Rumah Anda Bagaikan SyurgaYang Penuh Dengan KedamaianDan Cinta Kasih)

Katakanlah:-

“Dialah Allah yang maha pemurah,
Kami beriman kepadanya dan mengikuti
Pemberi petunjuk (Nabi S.A.W)dari Yathrib (Madinah)

Wahai saudariku, tetaplah di rumah kecuali harus keluar jika ada perkara yang penting yang ingin di selesaikan. Sesungguhny, rumah adalah rahsia kebahagiaan.

          Allah S.W.T berfirman:-

“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumahkamu sertajanganlah kamu mendedahkan diriseperti yang  dilakukan oleh orang  Jahiliah zaman dahulu.”(Surah Al-Ahzab : Ayat 33)

Maka jadikanlah rumah sebagai tempat menyemai cinta dan titik- tolak dalam memberikan anugerah sedekah dan keberketan.

Anda Akan Jadi Wanita Paling Anggun Di Dunia...

 
Semua orang mahu kelihatan cantik…betul x? tetapi tahukah anda apa yang di maksudkan dengan cantik itu? Kalau setakat cantik diluaran sahajatak ada gunanya..Oleh itu peliharalah kecantikan itu dengan keimanan, keredhaan dengan kepuasan dan kehormatan dengan hijab yang menutup aurat.

(Anda Akan Menjadi Wanita Paling Anggun Di Dunia)

Semua kejadian, betapa pun parahnya,
Pasti berhubungan langsung dengan kelapangan
dalam waktu yang dekat

Firman Allah S.W.T :

“Yang tidak akan menderita bakarannya melainkan orang yang sungguh celaka”(Surah Al-lail : Ayat 15)

Jadikanlah takwa itu bak pakaian,nescaya kita akan jadi wanita tercantik di dunia meskipun pakaian kita bertampal. Jadikanlah rasa malu sebagai baju kurung nescayakita menjadi wanita paling anggun di dunia meskipun tidak berkasut.

Oleh itu bersamalah kita berusaha untuk menjadi wanita paling anggun di dunia…Amin…..



Bangunkanlah Untuk Anda Sebuah Istana Di Dalam Syurga...

Setiap insan pasti mengharapkan balasan syurga di akhirat nanti. Namun apakah tindakan mereka untuk mendapatkannya? Berusaha mengumpul harta benda? Membawa bersama istana-istana mereka? Pangkat dan kedudukan?...sesungguhnya harta duniawi itu pasti akan lenyap dan titak kekal melainkan AMAL SOLEH!!!!


(Bangunkanlah Untuk Anda Sebuah Istana Di Dalam Syurga )

Ku turuti keinginanku, ternyata ia memperhambakanku,
Sekiranya aku menerima apa adanya,
Tentulah aku menjadi orang yang merdeka


Allah S.W.T berfirman:-

“sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya kami akan menghidupkan diadengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebihdari apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah An-Nahl : ayat 97)

Marilah kita bersama- sama membina istana di dalam syurga nanti dengan meningkatkan amal soleh kita, serta amar makruf nahi mungkar. Semoga kita sentiasa berada di bawah naungan rahmatNYA…Amin

Cukuplah Kemuliaan Anda Dengan Menjadi Seorang Muslimah...

Sejuknya mata memandang perempuan-perempuan yang pandai menjaga maruah diri. Betapa mulianya mereka jika mengikut setiap acuan Islam yang telah di tetapkan oleh Allah S.W.T. Tidakkah kita merasa bersyukur kerana telah dipilih oleh Allah menjadi muslimah sejati dan umat Nabi Muhammad S.A.W jika dibandingkan dengan mereka yang dilahirkan dalam keadaan ibubapa mereka bukan beragama Islam.



(Cukuplah Kemuliaan Anda Dengan Menjadi Seorang Muslimah)
 

Jangan kau putus asa
Kerana tidak melihat jalan keluar
Kalau begitu, dimanakah ALLAH dan takdirNya

Segala sesuatu yang menimpa anda saat berjuang di jalan Allah, merupakan penebus dosa anda atas izinNya.

Rasulullah S.A.W bersabda :-

Apabila seorang wanita berbakti kepada suaminya, mengerjakan solat lima waktunya dan memelihara kehormatannya, nescaya dia akan memasuki syurga Tuhannya. (Hadis riwayat Ahmad)

Oleh itu saudariku, marilah bersama laksanakan amalan- amalan yang agung agar dapat menemui Tuhan Yang Maha Pengasih. Berjalan dengan Al- quran dan Sunnah Nabi, nescaya kita akan menjadi seorang muslimah sejati.


Untukmu Wanita...

Ku hadiahkan kepadamu…
Wahai wanita yang telah meredhai Allah S.W.T sebagai Tuhannya,
Islam sebagai agamanya, dan Muhammad S.A.W sebagai Rasulnya,

Ku hadiahkan kepadamu…
Wahai wanita yang meneliti jalan lurus dan membawa risalah kebenaran,

Ku hadiahkan kepadamu…
Wahai murabbiyah (wanita pendidik )yang berjuang dengan kalimahnya,
Memelihara norma- normanya dan membersihkan dirinya.

Ku tujukan pula pada setiap ibu yang mendidik anak-anaknya untuk bertakwa,
Menumbuhkan mereka dengan amalan Sunnah Nabi dan menanamkan cinta kebajikan ke dalam jiwa-jiwa mereka.

Terakhir…ku tujukan kepada setiap wanita yang dirundung kesusahan dan kesedihan…

Berbahagia dan bergembiralahdengan jarak yang begitu dekat, dengan bimbingan Allah,dengan keagungan pahala dan pengampunan dosa.


“Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia”
- Dr. ‘Aidh Bin’ Abdullah Al-Qarni -


coretan...


Hasil pembacaan daripada buku “Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia” karangan Dr. ‘Aidh Bin’ Abdullah Al-Qarni mendatangkan ilham kepadaku untuk menulis blog ini supaya dapat bersama-sama berkongsi ilmu. Istimewanya buku ini kerana keseluruhannya menceritakan tentang wanita dan menjawab sebahagian keperluan wanita dan kebahagiaannya. Untuk menambahkan lagi ilmu di dada mari meluangkan masa untuk membaca entri-entri yang ditulis.



Saturday, 9 April 2011

Wanita...

Wanita….

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilihan rambut
Tebalkan ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkan lah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindungi
Dekat jua hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Engkaulah wanita istimewa…