BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 10 April 2011

Cukuplah Kemuliaan Anda Dengan Menjadi Seorang Muslimah...

Sejuknya mata memandang perempuan-perempuan yang pandai menjaga maruah diri. Betapa mulianya mereka jika mengikut setiap acuan Islam yang telah di tetapkan oleh Allah S.W.T. Tidakkah kita merasa bersyukur kerana telah dipilih oleh Allah menjadi muslimah sejati dan umat Nabi Muhammad S.A.W jika dibandingkan dengan mereka yang dilahirkan dalam keadaan ibubapa mereka bukan beragama Islam.



(Cukuplah Kemuliaan Anda Dengan Menjadi Seorang Muslimah)
 

Jangan kau putus asa
Kerana tidak melihat jalan keluar
Kalau begitu, dimanakah ALLAH dan takdirNya

Segala sesuatu yang menimpa anda saat berjuang di jalan Allah, merupakan penebus dosa anda atas izinNya.

Rasulullah S.A.W bersabda :-

Apabila seorang wanita berbakti kepada suaminya, mengerjakan solat lima waktunya dan memelihara kehormatannya, nescaya dia akan memasuki syurga Tuhannya. (Hadis riwayat Ahmad)

Oleh itu saudariku, marilah bersama laksanakan amalan- amalan yang agung agar dapat menemui Tuhan Yang Maha Pengasih. Berjalan dengan Al- quran dan Sunnah Nabi, nescaya kita akan menjadi seorang muslimah sejati.


0 comments: