Setiap insan pasti mengharapkan balasan syurga di akhirat nanti. Namun apakah tindakan mereka untuk mendapatkannya? Berusaha mengumpul harta benda? Membawa bersama istana-istana mereka? Pangkat dan kedudukan?...sesungguhnya harta duniawi itu pasti akan lenyap dan titak kekal melainkan AMAL SOLEH!!!!
(Bangunkanlah Untuk Anda Sebuah Istana Di Dalam Syurga )
Ku turuti keinginanku, ternyata ia memperhambakanku,
Sekiranya aku menerima apa adanya,
Tentulah aku menjadi orang yang merdeka
Allah S.W.T berfirman:-
“sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya kami akan menghidupkan diadengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebihdari apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah An-Nahl : ayat 97)
Marilah kita bersama- sama membina istana di dalam syurga nanti dengan meningkatkan amal soleh kita, serta amar makruf nahi mungkar. Semoga kita sentiasa berada di bawah naungan rahmatNYA…Amin


0 comments:
Post a Comment